03 - 7980 1516 / Fax 03 - 7989 1513 rofahomedecor@gmail.com

Kediaman En.Zuber, Jasin Melaka

Ruang tamu rumah ini pada asalnya kurang menarik & tidak mendapat impak “a sense of welcoming”. Penggunaan rona warna coklat yang terlalu banyak menyebabkan ruang tamu ini kelihatan kurang bergaya. Ruang tamu merupakan ruang paling utama di dalam rumah dan menjadi tumpuan bagi tetamu yang bertandang. Oleh itu pemilik rumah telah mendapatkan khidmat nasihat dari rofa home décor untuk mendekorasi serta mengubah mood di ruang tamu beliau. Team dari Rofa Home Décor mencadangkan pemilihan fabric ekslusif  bercorak Damask & berwarna merah bata untuk di suai-padankan dengan perabot yang sedia ada.

Langsir di sliding door diubah ketinggian & dipasang pada rod untuk mendapat impak mewah. Selain itu, bay-window pada asalnya menggunakan pattern French Pleat ditukar kepada pattern Roman Blind. Ini kerana bahagian di bay window terlalu rendah & kurang sesuai menggunakan langsir labuh terus ke lantai. Material yang digunakan adalah fabric yang sama cuma pattern yang berbeza. Hasilnya, ruang tamu yang kurang menarik telah berubah wajah menjadi ruang yang kelihatan sangat mewah & bergaya tetapi pada bajet yang rendah.

Berminat dengan hasil kerja kami?

Di Rofa Home Decor, kami menawarkan hanya yang terbaik kepada anda. Hubungi kami untuk maklumat lanjut,